Video Hari Wanita 2021 - Choose To Challenge
'Choose to Challenge' merupakan tema Hari Wanita tahun ini. Ia menjadi pembakar semangat kepada golongan wanita untuk terus mendepani cabaran dan mengatasi halangan. Kerajaan Negeri telah mengemudi aspirasi ini sejak sekian lama menerusi agenda Pengarusperdanaan Gender Dalam Pembangunan.
Malah, Kerajaan Negeri Selangor mencatat sehingga Oktober 2020, terdapat seramai 32.9% daripada jumlah keseluruhan pegawai pentadbiran Kerajaan Negeri memegang jawatan membuat keputusan; termasuk Ketua Jabatan dan pegawai gred 48 ke atas adalah wanita.
Pelbagai usaha serta inisiatif dilaksanakan dalam tujuan mengangkat martabat dan menghargai sumbangan kaum wanita terdapat masyarakat terutama di Selangor. Mari kita bersama memberi penghargaan kepada wanita-wanita di dalam kehidupan kita semua sempena Hari Wanita Sedunia.
#HariWanitaSedunia
#internationalwomensday2021
#KitaSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor