Permohonan MamaKerja Masih Dibuka
Semasa pilihan raya negeri yang lepas, antara janji 100 hari Kerajaan Perpaduan adalah memberi insentif RM1,000 untuk meringankan beban ibu berkerjaya. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri telah berjaya melaksanakannya melalui insentif MamaKerja.
Setakat 11 Julai, insentif MamaKerja telah diluluskan buat seramai 4,042 ibu berjaya menerima bantuan tunai yang disalur secara terus ke akaun bank masing-masing.
Sasarannya adalah 5,000 ibu dapat dibantu yang bermakna masih ada ruang untuk permohonan baru. Ibu-ibu hebat Selangor yang berminat boleh cuba mohon di mamakerja.selangkah.my selagi belum ditutup.
Insya-Allah, kita berhasrat jadikan insentif ini sebagai program tahunan. Moga menyuntik kebahagiaan kepada kaum ibu yang semestinya melimpah kepada keluarga.
#KitaSelangor