Media

Peristiwa
27/4/23
Selangor
Negara

Utusan Malaysia: Rumah terbuka Aidilfitri Selangor bermula Jumaat ini

SHAH ALAM: Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Selangor akan dimeriahkan dengan anjuran rumah terbuka oleh kerajaan negeri, ‘Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri’ di kesemua sembilan daerah selama tiga hari bermula Jumaat ini hingga 14 Mei.

Pada minggu ini, program tersebut akan bermula di pasar pagi Pekan Salak, Sepang dan diteruskan di Padang Awam Hulu Bernam, Kuala Selangor serta Padang Taman Sri Kerayong, Klang pada 28, 29 dan 30 April.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka mencemar duli berangkat ke rumah terbuka itu di Padang Taman Sri Kerayong, Klang pada 30 April.

Majlis yang merangkumi Rumah Terbuka Aidilfitri dan Rewang Sekampung itu juga bakal dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pimpinan negeri.

Program berkenaan akan diteruskan di Padang Taman Awam Hulu Bernam di Hulu Selangor pada 29 April dan seterusnya di Tapak Agora Night Market, Taman Sri Nanding di Hulu Langat pada 5 Mei.

Justeru, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan menjemput seluruh penduduk di negeri ini hadir bagi memeriahkan rumah terbuka tersebut yang akan berakhir di Gombak pada 14 Mei.

“Insha-Allah kerajaan negeri akan meneruskan tradisi yang dimulakan tahun lepas di semua sembilan daerah seluruh Selangor. Justeru, seluruh rakyat Selangor dijemput hadir dan memeriahkan sambutan Aidilfitri kali ini,” katanya.

Beliau menambah, program itu lebih efektif dan mencapai matlamat apabila seluruh penduduk dapat merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri di daerah masing-masing.

“Selain rumah terbuka, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang turut disedia dan boleh segara dipohon.

“Program dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan selaku pelaksana utama dan sokongan pejabat daerah serta agensi, program ini turut membantu peniaga dan usahawan makanan untuk bersama menyemarak dan memeriahkan sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri di daerah masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.