Suara

Peristiwa
4/8/20
Isu
Bantuan
Selangor

Tinjauan bangunan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar di Banting

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebentar tadi saya dan pasukan telah meninjau bangunan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar di Banting yang mengalami kebakaran awal pagi ini. Kerajaan Negeri sedang menguruskan penempatan sementara buat para pelajar yang terjejas akibat peristiwa kebakaran ini.



Sementara itu, Kerajaan Negeri sedang menunggu laporan penuh punca kebakaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat. Saya turut mengumumkan peruntukan RM 300,000 bagi membaiki bangunan asrama yang terbakar selain dari menambah aspek keselamatan bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.



Keselamatan para pelajar terutama anak-anak kita yang sedang menuntut ilmu adalah keutamaan penting bagi semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.