Inisiatif

Peristiwa
21/7/20
Isu
Selangor
Bantuan

Terima Kasih YB Chua Wei Kiat atas memberi perhatian kepada isu pagar runtuh Masjid Nurul Iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Selangor sekalian,

Saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin mengucapkan terima kasih kepada ADN Rawang, YB Chua Wei Kiat atas tindakan segera beliau memberi perhatian kepada isu pagar runtuh di Masjid Darul Iman.

Semoga permasalahan ini dapat segera diselesaikan dan semoga para muslimin dan muslimat bersabar sementara pembaikan dilakukan.

#SelangorMajuBersama

Dipetik dari FB YB Chua Wei Kiat:

admin | Kejadian Tembok Pagar Runtuh Di Masjid Nurul Iman

Petang ini, YB Chua telah turun padang ke Masjid Nurul Iman untuk meninjau keadaan tembok pagar yang telah runtuh pada dua hari yang lepas.

Mesyuarat perbincangan telah dijalankan bersama dengan pihak Mahumas dan AJK Masjid untuk pembaikan pulih tembok pagar Masjid.

Beberapa cadangan telah dikemukakan, pihak kami juga berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

#RawangWeCare

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.