Tekad pertama saya untuk penduduk Gombak

Bagi tekad pertama saya untuk penduduk Gombak sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Gombak, saya mengutamakan agenda Ekonomi Tempatan Nadi Gombak.
Tekad ini merangkumi :
• Memberdaya kaum wanita sebagai tulang belakang ekonomi dengan latihan kemahiran tambahan agar dapat aktif dalam kegiatan ekonomi dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
• Membangunkan kawasan R&R bagi kegunaaan e-hailing melalui usahasama awam-swasta-komuniti dilengkapi fasiliti beristirehat, WiFi, kawasan mengecas telefon pintar, bilik mandi, serta ruang solat, sekaligus memelihara dan membela kesihatan penunggang e-hailing.
• Menggalakkan pengusahaan pertanian berteknologi tempatan bagi menampung keperluan asas ke arah menjamin keselamatan makanan.