Talaqqi Kitab Ihya’ Ulumuddin
Alhamdulillah, telah selesai berlangsung program Talaqqi Kitab Ihya’ Ulumuddin oleh tokoh ulama Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al Fathoni di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam.
Program ini merupakan pra acara Festival Turath Islami Selangor yang akan diadakan pada bulan ini. Program ini akan menghimpunkan tokoh-tokoh ulama besar antarabangsa di Selangor.
Insya-Allah semoga program ini dapat memberi manfaat kepada perkembangan ilmu dan menyuburkan syiar Islam di bumi Selangor Darul Ehsan ini.
Kerajaan Negeri turut akan melaksanakan terjemahan Kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam Al Ghazali kepada Bahasa Melayu, buat julung-julung kalinya, Insya-Allah.