Inisiatif

Peristiwa
9/9/23

Tahniah kepada DYTM Raja Muda Selangor

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang telah berjaya menawan puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania.

DYTM Tengku Amir telah mencetuskan inisiatif ini sendiri demi mengumpul dana untuk memulakan pusat penjagaan bagi kanak-kanak-kanak dengan masalah pendengaran serta pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter ini ditawan RMS Tengku Amir yang diiringi oleh YDM Engku Panglima Setia Diraja Dato’ Syed Haizam Jamalullail, YBhg. Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson, YM Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan Baginda, saudara Keong Yeen Keoh.

Usaha DYTM Tuanku memberi inspirasi dan pedoman buat kami rakyat Negeri Selangor untuk sentiasa membantu golongan yang memerlukan.

Semoga Allah SWT memberkati dan melindungi DYTM Tuanku sepanjang misi ini

#KitaSelangor

May be an image of 5 people and text


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.