Inisiatif

Peristiwa
9/8/23

Surat tuntutan telah disampaikan kepada YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor

Hari ini satu surat tuntutan telah disampaikan menerusi peguam saya kepada YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor atas fitnah yang disampaikan beliau.

Saya telah menuntut supaya Muhammad Sanusi Md Nor dalam tempoh 48 jam:

i) Menarik balik dan minta maaf kenyataan fitnah beliau

ii) Menjamin bahawa fitnah itu tidak diulang

iii) Membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan

mengeluarkan berita palsu yang menjejaskan institusi Dato’ Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.

Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, saya akan meneruskan dengan tindakan undang-undang di mahkamah.

May be an image of text


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.