Solat Maghrib di Surau An-Nur dan Tahlil Buat Pejuang Negara Yang Telah Pergi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jelajah Hari Malaysia malam semalam disambung pula dengan solat Maghrib dan bacaan tahlil buat pejuang-pejuang negara yang telah meninggal dunia bersama para jemaah di Surau An-Nur, Taman Jasa.
Semoga jasa dan sumbangan para pejuang ini diredhai Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Berbahagialah mereka yang menjadi manusia bermanfaat ketika hidup di dunia kerana dapat menyediakan bekalan akhirat yang berterusan.