Inisiatif

Peristiwa
21/7/23

Solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam

Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor berangkat mencemar duli dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam.

Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk ‘Dosa Mengumpat dan Mencaci’. Mimbar pada hari ini mengingatkan umat Islam agar menghindari amalan mencela, mencaci dan memfitnah. Tindakan sebegini hanya akan membawa kepada perpecahan dan kebinasaan.

Khutbah hari ini juga berpesan mengenai peranan Raja dan Sultan sebagai Ketua Agama bagi negeri-negeri dan mestilah dihormati dan ditaati sama ada suka atau sebaliknya selagi mereka patuh kepada perintah Allah SWT serta tidak menyuruh melakukan maksiat. Sultan adalah payung yang melindungi sekalian rakyat jelata di bawah naungannya.

DYMM Sultan Selangor juga pernah berpesan ketika pembubaran Dewan Negeri Selangor lalu bahawa isu-isu berkaitan dengan kaum, agama dan Institusi diraja tidak seharusnya diheret bagi dijadikan bahan berkempen.

Semoga Allah SWT melindungi Negeri Selangor Darul Ehsan dari golongan pemecah belah, pemfitnah dan yang menyebarkan kebencian kepada rakyat Selangor.

#KitaSelangor

#DaulatTuanku

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.