Suara

Peristiwa
11/3/22
Isu
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Tanah runtuh: MPAJ bantu bomba selamatkan mangsa

AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang membantu pihak bomba untuk kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai, di sini pada Khamis.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya dimaklumkan seramai empat orang mangsa terperangkap dalam insiden tersebut manakala 15 buah rumah dan 10 kenderaan turut terjejas.

"Pihak MPAJ sedang membantu pasukan bomba bagi kerja menyelamat.


"Marilah kita sama-sama berdoa agar semua mangsa selamat, insya-ALLAH," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.


Sebelumnya, Sinar Harian melaporkan tiga individu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang, di sini lewat petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, seorang mangsa berjaya ditemukan jam 6.54 petang manakala tiga masih tertimbus.

Jelasnya, mangsa yang ditemukan dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan manakala tiga lagi status tidak pasti.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.