Suara

Peristiwa
7/3/24
Selangor

Sinar Harian: Selangor teroka projek tenaga bina negeri, negara - Amirudin

SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri, Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan satu detik penting buat Selangor.

Menteri Besar berkata, ini kerana MoU bagi meneroka pembangunan berkaitan projek tenaga di Selangor itu adalah sebahagian dari pelengkap Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk membina negeri dan negara.

"Satu detik penting tercipta apabila kerajaan negeri Selangor, WHB dan TNB menandatangani MoU bagi meneroka pembangunan berkaitan projek tenaga di Selangor.

"Ini adalah sebahagian dari pelengkap NETR untuk membina negeri dan negara yang bukan saja maju daripada segi ekonomi tetapi juga mampan serta berdaya huni," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Rabu.

Amirudin (tiga dari kiri) pada majlis MoU antara kerajaan negeri, WHB dan TNB.

Amirudin (tiga dari kiri) pada majlis MoU antara kerajaan negeri, WHB dan TNB.

Menurut Menteri Besar, perjanjian pintar itu akan turut dikembangkan dalam projek solar terapung, penyimpanan tenaga bateri, infrastruktur kenderaan elektrik, kecekapan tenaga dan projek tenaga boleh diperbaharui yang lain.

"Terima kasih Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang sudi hadir menyaksikan majlis tandatangan ini.

"Insya-ALLAH, kerajaan negeri akan terus melaksanakan pelbagai usaha membangunkan tenaga boleh diperbaharui demi kelestarian alam sekitar," tambah beliau.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.