Inisiatif

Peristiwa
5/4/22
Isu
Air
Selangor

Sinar Harian: Selangor peruntuk RM700 juta korek Sungai Klang

KLANG - Kerajaan Selangor memperuntukkan RM700 juta bagi kerja-kerja mendalamkan Sungai Klang untuk mengatasi masalah banjir, selain merancakkan ekopelancongan dan memudahkan pengurusan sumber air di sungai tersebut.


Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata, dana untuk projek tersebut akan ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan akan dipantau oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, kerja-kerja mendalamkan Sungai Klang akan dibuat hingga ke sempadan Kuala Lumpur bermula Julai ini.


"Saya faham memang banyak usaha boleh dibuat, kerana Sungai Klang ini merupakan salah satu daripada tiga sungai penting di Selangor yang mengalir dari Kuala Lumpur.

"Jadi kita ada banyak usaha bagaimana kita nak tambah baik, termasuk mengorek Sungai Klang dengan melibatkan kos sekitar RM700 juta yang akan dimulakan tiga bulan lagi.

"Kalau kita lihat sebahagian sungai mulai cetek, jadi kita akan korek hingga ke sempadan Kuala Lumpur dan ia bukan setakat akan membantu dari segi pengurusan air banjir tetapi turut membantu dari segi ekopelancongan dan sebagainya."


'Interceptor' 005 ditempatkan dalam Sungai Klang sekitar jambatan Jalan Parang, di sini pada tahun 2021.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Program Lawatan ke Interceptor bersama Gerbang Maritim Selangor (SMG) di Taman Awam Pangkalan Batu pada Selasa.

Pada Selasa, Izham bersama Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat dan Puteri Sultan Selangor, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengadakan sesi lawatan khas 'interceptor' 005 berdekatan jambatan Jalan Parang, di sini.


Izham berkata, pihak Boyan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) yang mengendali dan menguruskan (sampah) di Sungai Klang

Selain itu, Boyan sudi untuk bekerjasama bagi menempatkan lebih banyak 'interceptor' ke negeri-negeri lain dengan perhatian tertumpu ke arah negeri Johor ketika ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.