Suara

Peristiwa
8/4/22
Selangor

Sinar Harian: Selangor giat usaha kembang syiar Islam

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan terus menggiatkan usaha mengembangkan syiar Islam di negeri ini.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelbagai usaha dilaksanakan bagi pembangunan syiar Islam.

"Insya-ALLAH kerajaan negeri akan terus komited menyuburkan usaha dakwah dan syiar Islam di bumi Selangor," katanya menerusi kenyataan di aplikasi Twitter pada Rabu.


Amirudin berkata, beliau turut mengadakan pertemuan dengan pendakwah bebas, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid serta wakil Yayasan Ar-Ri’ayah.

"(Pertemuan ini) membincangkan usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan di Selangor," ujarnya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.