Media

Pendapat
6/3/24
Selangor

Sinar Harian: Selangor belum cadang warta kampung tradisi sebagai tapak warisan

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia (UNESCO) buat ketika ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan negeri, Datuk Rizam Ismail berkata, bagaimanapun kerajaan negeri pada masa hadapan, terbuka sekiranya terdapat permintaan dan keperluan untuk berbuat demikian.

"Itu sekiranya ada mana-mana kampung tradisi yang dilihat layak dan sesuai untuk memohon pengiktirafan berkenaan.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada penelitian terperinci serta selepas kerajaan negeri mendapat maklum balas daripada jabatan dan agensi yang berkaitan, terlebih dahulu,” katanya.

Rizam menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang), sama ada kerajaan negeri merancang menggazetkan beberapa kampung tradisional untuk pengiktirafan UNESCO, seperti cadangan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebelum ini.

Dalam pada itu Rizam menjelaskan bahawa syor dibawa Kor Ming untuk mengiktiraf kampung tradisi itu, sebenarnya masih di peringkat cadangan daripada pihak menteri dan belum dilaksanakan. - Bernama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.