Sinar Harian: Program Jualan Prihatin Rakyat Selangor tawar barangan harga berpatutan
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/621edb478bae08c4355814c0_amirudin-shari-com-SH-JualanPrihatin.jpg)
SHAH ALAM - Program Jualan Prihatin Rakyat Selangor dijangka diadakan di 64 kawasan di seluruh negeri ini dalam usaha mengurangkan beban rakyat yang dihimpit dengan kenaikan harga barang.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Negeri, Ir Izham Hashim berkata, program itu sudah dikenal pasti dan pelaksanaan bermula di Sabak Bernam pada Sabtu.
Menurutnya, program jualan itu dijangka akan berlangsung setiap Sabtu dan Ahad sehingga Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Program ini tidak mustahil akan diperluaskan dari semasa ke semasa di seluruh Selangor jika mendapat permintaan daripada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas Perasmian Program Jualan Prihatin Rakyat Selangor di Balai Rakyat, Taman Berjaya, di sini pada Ahad.
Izham (depan, kanan) turut mempromosikan ayam yang dijual pada Program Jualan Prihatin Rakyat.
Izham berkata, pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan dan telur.
“Kami menyasarkan sebanyak 150 ekor ayam, 50 kilogram (kg) daging dan 100 papan telur dijual pada setiap siri jelajah program ini.
“Program ini menawarkan harga ayam jauh lebih murah. Seekor ayam dijual pada harga RM12 berbanding di pasaran luar yang dijual RM15 seekor atau lebih tinggi,” katanya.
Beliau memberitahu, program itu bukan sahaja memberi kelebihan kepada orang ramai
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/190236/BERITA/Nasional/Program-Jualan-Prihatin-Rakyat-Selangor-tawar-barangan-harga-berpatutan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf