Suara

Peristiwa
5/4/22
Selangor
Perayaan
Bantuan

Selangor Kini: MBI agih 1,000 pek makanan berlauk setiap hari sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 4 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mengagihkan 1,000 pek makanan berlauk setiap hari di beberapa lokasi terpilih di negeri ini sepanjang Ramadan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya berkata sebanyak 500 pek makanan diedarkan di Bangunan Darul Ehsan di sini, manakala 500 pek lagi di beberapa lokasi terpilih di sekitar Selangor.

“MBI juga menerima permohonan dari rumah anak yatim dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) membabitkan 500 pek makanan serta pengagihan dibuat pada hari tertentu.

Kita turut mengedarkan bubur lambuk dan kurma di bazar-bazar terpilih iaitu sebanyak tiga kali dalam seminggu,” kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika dihubungi.

Beliau berkata, sebanyak RM3 juta diperuntukkan oleh MBI untuk pelbagai program Ramadan tahun ini, termasuk sumbangan kepada pihak masjid dan surau bagi aktiviti pengimarahan sepanjang bulan ini.

“Setakat ini kita telah salurkan kepada masjid dan surau di kawasan Gombak dan kita harap pihak masjid serta surau di kawasan lain yang ingin mengadakan sebarang aktiviti untuk memohon dengan MBI.

Pada 25 Mac lalu MBI menyerahkan sumbangan RM565,000 kepada masjid dan surau sekitar Gombak sempena program Ihya’ Ramadan.

Majlis penyerahan dibuat oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam program berlangsung di Masjid Al Khairiyah, Taman Seri Gombak.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.