Inisiatif

Peristiwa
2/8/22
Selangor

Sinar Harian: MB Selangor sifatkan Abdul Khalid tegas, pentingkan masa

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang tegas dan sentiasa mementingkan masa dalam menguruskan pentadbiran di negeri tersebut.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menceritakan pengalamannya bekerja di bawah pimpinan Allahyarham Abdul Khalid sebagai Exco Generasi, Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor sejak tahun 2008 hingga 2013.

Menurutnya, Allahyarham juga seorang yang sangat mengutamakan prosedur tepat bagi melaksanakan sesebuah perancangan yang melibatkan negeri tesebut.


"Secara peribadi, beliau adalah seorang pemimpin yang tegas dan sentiasa mengutamakan masa serta prosedur tepat untuk melaksanakan sesuatu perkara.

"Jadi tindakan serta arahannya seringkali menjadi pedoman berharga kepada sesiapa yang pernah bekerja di bawahnya termasuk saya," katanya ketika ditemui menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Amirudin mewakili kerajaan Selangor turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham di atas pemergiaan bekas pemimpin negeri tersebut.

Ujarnya, Allahyarham banyak berjasa sepanjang memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, khususnya dalam melakukan beberapa perubahan subtentif dalam pentadbiran dan pengurusan.

"Ia termasuk mengilham dan mengupayakan semula pembangunan di sekitar Sungai Klang yang masih lagi diteruskan oleh kerajaan Selangor, di samping memperkenalkan agenda prorakyat seperti merakyatkan ekonomi yang seterusnya dinaik taraf oleh kerajaan Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.