Media

Peristiwa
31/7/24
Selangor

Sinar Harian: Lebih 50 kes pencemaran sumber air berjaya diatasi

SHAH ALAM - Lebih 50 kes pencemaran sumber air dikesan di Selangor setakat ini namun berjaya diatasi sebelum kesan pencemaran itu menjadi lebih serius.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, bagaimanapun kes pencemaran itu tidak menyebabkan tindakan henti tugas loji rawatan air (LRA) seperti yang berlaku minggu lalu.

"Kerajaan negeri tidak akan berputus asa sebaliknya akan terus mengambil pendekatan dan melihat perkara lain yang masih boleh dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran Kecil Alam Sekitar Negeri Selangor Tahun 2024 di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Seksyen 14 dekat sini pada Selasa.

Mengulas insiden pencemaran bau pada Isnin minggu lalu membabitkan sebuah kilang pemprosesan plastik di Kuang hingga menyebabkan LRA dihenti tugas, Jamaliah berkata, satu mesyuarat bagi membincangkan perkara itu akan diadakan pada Khamis.

Penerima geran kecil alam sekitar bergambar bersama Jamaliah (berdiri, tengah) selepas menerima geran masing-masing pada Selasa.

Penerima geran kecil alam sekitar bergambar bersama Jamaliah (berdiri, tengah) selepas menerima geran masing-masing pada Selasa.

"Mesyuarat bersepadu itu dijalankan bagi melihat tindakan susulan yang diambil setiap agensi terbabit dan perkara itu akan dimaklumkan kepada saya ketika mesyuarat berkenaan.

"Buat sementara waktu ini pihak pejabat saya masih menunggu keputusan siasatan," katanya yang turut mengesahkan dua pihak telah ditahan untuk disoal siasat pihak Jabatan Alam Sekitar.

Tambahnya, pihak terbabit turut memaklumkan siasatan awal bagi insiden pencemaran bau itu juga mendapati terdapat kebocoran yang tidak dijangkakan pihak pengurusan kilang.

"Jadi kita sedang lakukan siasatan lanjut dan selepas ini akan melakukan post mortem sekiranya ada insiden sama berlaku apa tindakan yang boleh diambil," ujarnya

    Seterusnya
    #KITASELANGOR
    Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
    Terima kasih!
    Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
    Maaf! Ada ralat.