Suara

Peristiwa
4/2/22
Isu
Selangor
Banjir

Sinar Harian: Kerajaan Selangor anggar kerugian akibat banjir berjumlah RM1.4 bilion

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menganggarkan kerugian akibat banjir yang melanda negeri itu pada Disember tahun lepas adalah sekitar RM1.4 bilion termasuk kos baik pulih infrastruktur kira-kira RM400 juta.


Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari berkata, jumlah itu dikira secara kasar iaitu melibatkan 100,000 rumah atau keluarga yang terjejas dengan anggaran kerosakan paling minimum iaitu RM10,000.

"Jika kereta atau rumah mereka rosak mungkin angka (kerugian) lebih besar... Dalam catatan yang dibuat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), seingat saya adalah RM3 bilion hingga RM4 bilion,” katanya pada sidang akhbar khas pada Khamis.


Beliau berkata bagaimanapun, jumlah itu adalah anggaran DOSM dengan mengambil kira setiap rumah terjejas mengalami kerugian kira-kira RM14,000. - Bernama


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.