Suara

Peristiwa
19/5/23
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Insentif RM500 untuk jemaah haji B40, M40 di Selangor

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Incorporated) MBI akan menawarkan Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M kepada 3,000 bakal jemaah yang memerlukan khususnya kumpulan B40 dan M40 di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan diberikan wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losen serta pelembap bibir.

Menurutnya, sebanyak RM1,653,000 diperuntukkan untuk keseluruhan program berkenaan dan permohonan tawaran akan dibuka bermula 19 Mei hingga 25 Ogos ini.

"Bagi memudahkan proses pendaftaran, urusan permohonan akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri masing-masing dan diselaraskan oleh Menteri Besar Selangor (Incoporated) MBI selaku pelaksana program," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, jemaah yang layak memohon mestilah warganegara Malaysia dan pemohon perlu menyertakan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan.

"Saya mengharapkan bahawa usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini," tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.