Media

Peristiwa
4/6/24
Isu
Selangor
Air

Sinar Harian: Gangguan air: Pengguna tujuh daerah disaran simpan bekalan air

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan kerja penambahbaikan aset Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 pada Rabu bermula jam 9 pagi.

Proses penyenggaraan dan penggantian aset itu dijangka siap pada jam 7 malam menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna dijangka menerima bekalan secara berperingkat bermula pada jam 3 pagi pada 6 Jun selepas sistem agihan utama bekalan distabilkan.

Kata kenyataan itu, lori tangki juga akan digerakkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

"Bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.

"Pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Breamer Estet (Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (Sepang), serta Taman Banting Baru (Kuala Langat),” menurut kenyataan itu yang dikongsi di laman Facebook Air Selangor.

Dalam pada itu, Air Selangor turut menasihatkan pelanggan terjejas agar menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.