Media

Peristiwa
7/11/23
Selangor
Bantuan
Banjir

Sinar Harian: Banjir Selangor: MBI salur bantuan awal

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyalur bantuan awal kepada mangsa terjejas banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua tanggungjawab sosial korporat dan komunikasi korporatnya, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, agihan sumbangan pada Sabtu meliputi 10 karton air mineral, lima kotak makanan kering dan 20 unit toto bagi setiap PPS.

“MBI sentiasa cakna dengan bencana yang menimpa rakyat Selangor. Diharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa,” katanya seperti dilaporkan media rasmi kerajaan negeri pada Ahad.

PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi, SK Semenyih dan Dewan Komuniti Taman Gemilang, Sepang yang kini menempatkan 145 mangsa membabitkan 38 keluarga.

Dalam pada itu, Ahmad Azri turut memaklumkan bantuan sama akan dihulur ke empat lagi PPS di Sepang dan Petaling hari ini (Isnin) yang menempatkan 434 mangsa daripada 119 keluarga.

Menurutnya, PPS itu Dewan Kampung Dato Ahmad Razali, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil dan Dewan Serbaguna Camelia Height.

Pada Ahad, seramai 603 orang mangsa terdiri daripada 162 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) susulan bencana banjir yang dihadapi di beberapa daerah di Selangor.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, satu PPS iaitu Dewan Seroja Kampung Bendahara, Gombak menempatkan lima mangsa daripada tiga keluarga masih dibuka setakat jam 8 pagi pada Ahad.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.