Inisiatif

Peristiwa
23/2/23
Isu
Selangor

Sinar Harian: 6 negeri sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun

KUALA LUMPUR - Teka-teki tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan terjawab selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari mengesahkan proses itu dijangka berlaku pada dua minggu terakhir Jun.

“Alhamdulillah kami berenam mengambil kesempatan minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja yang bersidang dua hari ini.

“Secara ringkas, kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun 2023,” katanya menerusi kenyataan bergambar yang dimuat naik di akaun Facebook peribadi milik Menteri Besar Selangor itu pada Rabu.

Turut hadir pada pertemuan itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Jelas Amirudin, persefahaman ini sudah pasti akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing.

“Semoga persefahaman ini dapat mempermudahkan usaha rakyat untuk merayakan demokrasi kelak, Insya-ALLAH,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.