Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 adalah kemuncak sidang perniagaan yang diadakan pada setiap tahun oleh Kerajaan Negeri Selangor. Untuk 2022 sahaja, Selangor telah menjana potensi nilai jualan sebanyak RM1.45 bilion.
Tahun ini, SIBS 2023 akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dengan sasaran potensi nilai jualan RM1.5 bilion. 50,000 pengunjung dijangka akan hadir dengan 1,057 reruai.
Inilah Selangor yang terus komited menyemarakkan ekonomi negeri sebagai gerbang utama pelaburan Malaysia.