Sesi pertemuan dan dialog khas bersama Menteri Besar Pemerbadanan (MBI)
Saya telah mengadakan sesi pertemuan dan dialog khas bersama pihak pengurusan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan seluruh pengurusan tertinggi anak-anak syarikat di bawah Kumpulan MBI.
Menerusi sesi khas ini, saya telah menzahirkan hala tuju dan amanat khas khusus untuk tahun 2024. Tahun 2024 adalah sangat penting dan kritikal bagi negeri Selangor. Oleh itu, saya telah mengarahkan agar seluruh jentera MBI dan anak-anak syarikat memberikan sepenuh perhatian terhadap pelaksanaan projek dan inisiatif di bawah Rancangan Selangor Pertama serta memberi tumpuan khusus kepada program yang memberi manfaat kepada rakyat.
Insya-Allah saya yakin dengan gandingan serta persefahaman yang terjalin serta komitmen yang ditunjukkan, warga MBI dan anak-anak syarikat akan mencapai kejayaan gemilang.