Inisiatif

Peristiwa
10/11/23

Selesai pembentangan Belanjawan Selangor 2024

Alhamdulillah saya telah membentangkan Belanjawan Selangor 2024 petang ini.

Belanjawan yang dirangka bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Negeri Selangor sebagai nadi ekonomi negara turut bermatlamat untuk mensejahterakan rakyat serta menggarap kekuatan demi memacu pertumbuhan ekonomi.

Sebelum pembentangan, saya telah mengajak kesemua Ahli Dewan Negeri Selangor baik dari Kerajaan mahupun Pembangkang, kami berdiri dan bersolidariti bersama rakyat Palestin. Kami bersama-sama berdoa membaca Al Fatihah dan bertafakur buat para korban tragedi kemanusiaan di Palestin.

#Selangor2024

#KitaSelangor


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.