Selesai menghadiri Sembang Santai Anak Muda Gombak bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Alhamdulillah selesai menghadiri Sembang Santai Anak Muda Gombak bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman .
Peserta rata-rata terdiri dari anak muda lepasan universiti yang sedang mencari peluang pekerjaan, anak muda penggiat Grab dan Foodpanda serta wakil persatuan belia.
Banyak cadangan dan persoalan yg dilontarkan khusus peluang pekerjaan, sektor ekonomi dan pembangunan sosial. Saya hargai pandangan serta cadangan yang diberikan. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin akan kebajikan golongan anak muda terutama dengan pelbagai program seperti Roda Darul Ehsan, inisiatif untuk mahasiswa serta pelbagai program usahawan beliau. InsyaAllah saya akan cuba laksanakan yang terbaik
demi Gombak. #GombakBermaruah