Inisiatif

Peristiwa
9/1/23

Selangor terus mengutamakan agenda kebajikan golongan kurang upaya (OKU) dan warga emas

Sebagai negeri yang mesra golongan kurang upaya (OKU) dan warga emas, Selangor terus mengutamakan agenda kebajikan mereka. Mulai 2023, insentif khusus utk mereka ditambah baik dan ditingkatkan .

Antara usaha Kerajaan Negeri membantu warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) adalah memberi baucar beli-belah bernilai RM150 setiap tahun dan khairat kematian bernilai RM500 menerusi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Sebelum ini, mereka menerima baucar beli belah setiap kali tiba bulan kelahiran. Bermula 2023, baucar boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang tahun. Inisiatif ini melibatkan peruntukan RM30.5 juta.

Setakat 22 Disember, 441,880 orang telah mendaftar membabitkan 417,003 warga emas dan 24,877 golongan (OKU).

InsyaAllah, kita usahakan inisiatif ini agar memberi kebaikan kepada seramai mungkin warga emas dan golongan OKU di Selangor. Semoga visi negeri penyayang sentiasa kekal menjadi nadi penggerak kemajuan.

#KitaSelangor

#HanyaDiSelangor

May be an image of text that says '#KitaSelangor SKIM MESRA INSAN ISTIMEWA (SMIS) MANFAAT: BAUCAR BELI-BELAH BERNILAI RM150 SETIAP TAHUN KHAIRAT KEMATIAN SEBANYAK RM500.00 GOLONGAN PENERIMA WARGA EMAS DAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI SELANGOR PENERIMA DIDAFTAR 441,880 ORANG ·417,003 WARGA EMAS 24,877 ORANG KURANG UPAYA (OKU) PERUNTUKAN 2023 RM30.5 JUTA *SETAKAT 22 ISEMBER 2022'


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.