Media

Peristiwa
14/6/24
Selangor

Selangor Kini: EXCO: 724 pusat tahfiz tidak berdaftar, pengusaha digesa sertai program pemutihan

SHAH ALAM, 13 JUN: Sebanyak 724 institusi tahfiz persendirian dikesan beroperasi tanpa mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setakat 31 Mac, kata EXCO agama.

Berikutan itu, Dr Fahmi Ngah menggesa pengusaha mendaftar melalui Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) sebelum 31 Disember bagi melayakkan menyertai program permutihan.

“Program pemutihan ini untuk memastikan institusi tahfiz persendirian mematuhi syarat minima kebenaran merancang dari pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seterusnya menerima bantuan JAIS.

“Perkara ini penting untuk memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar dan guru terus terjamin. Skop pemutihan ini hanya melibatkan pusat yang dibina dan beroperasi sehingga 31 Disember lalu sahaja,” katanya menerusi kenyataan.

Fahmi berkata program pemutihan diselaraskan PITAS yang bertindak sebagai agensi sehenti termasuk mengemukakan dokumen permohonan pusat tahfiz kepada PBT bagi mendapatkan kelulusan kebenaran merancang tempoh terhad (KMTT) minimum tiga tahun.

“Menerusi KMTT, PBT dapat merancang semula kawasan di samping memberi peluang kepada pengusaha atau tuan tanah untuk menjalankan aktiviti termasuk bersifat sementara berdasarkan tempoh masa ditetapkan.

“Pelaksanaan KMTT juga memberi peluang kepada pengusaha dan PBT melalui kaedah perundingan. Institusi tahfiz persendirian harus memanuhi syarat KMTT dan boleh ditamatkan sekiranya gagal mematuhinya,” katanya.

Pada sidang Dewan Negeri Selangor Mac lalu, Fahmi memaklumkan beberapa pindaan dilakukan dalam program pemutihan pusat tahfiz 2.0 bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin selain tidak menekan pengusaha antaranya melibatkan kelonggaran KMTT dan pengecualian yuran serahan.

Pada Ogos tahun lepas, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru institusi tahfiz swasta dan persendirian yang belum berdaftar dengan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk segera melaksanakannya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah perkara itu penting supaya bantuan dan peruntukan dapat disalurkan seperti yang diterima oleh institusi ps endidikan Islam berdaftar

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.