Inisiatif

Peristiwa
7/4/23
Selangor

Selangor Kini: Unisel-Pusat Pembangunan Modal Insan Perak kerjasama martabat kemahiran industri pelajar



SHAH ALAM, 6 APRIL: Universiti Selangor (Unisel) melalui Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) menjalin kerjasama dengan Pusat Pembangunan Modal Insan Perak (PHCDC) bagi memartabat kemahiran industri pelajar.

Presiden dan Naib Canselornya Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata usahasama meliputi aspek praktikum pelajar dan peluang penyerapan pekerjaaan.

“Kerjasama ini memberi dampak terhadap kefahaman industri khususnya buat pensyarah dan pelajar FCVAV serta kakitangan Pusat Teknologi Maklumat.

“Saya yakin ia dapat memberi banyak manfaat terhadap kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi dalam pelbagai program profesional kendalian PHCDC antaranya Analisis Data Raya dan Pembelajaran Mesin,” katanya.


Terdahulu, MoU ditandangani Mohammad Redzuan manakala PHCDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya S Thillainathan di Unisel kampus Bestari Jaya, semalam.

Sementara itu, pengarah komunikasi korporat PHCDC menyifatkan kerjasama terbabit sebagai usaha mengembangkan nilai insaniah pelajar.

“Selain itu melebar peluang kerjaya graduan dengan menyediakan program latihan kemahiran berkhususkan teknologi,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.