Inisiatif

Peristiwa
25/5/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Tingkat taraf hidup, 200 asnaf sertai program usahawan anjuran LZS

SHAH ALAM, 24 MEI:  Seramai 200 asnaf menyertai program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) Ahad lalu.

Agensi itu memaklumkan program percuma dengan kerjasama  Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bertujuan membantu asnaf menjana pendapatan sampingan.

“Program ini antara inisiatif Zakat Selangor menyantuni asnaf dan mengubah nasib mereka dengan galakkan mereka menjadi agen dropship jenama-jenama terkenal.

“Kira-kira  60 pengasas  antaranya Wanys Snacks, Nims Choco Tub, Sugarbomb, Das Abdul dan banyak lagi bersedia bantu peserta menjadi ejen dropship produk keluaran mereka,” katanya menerusi Facebook.

LZS berkata antara modul yang dilaksana menerusi program terbabit adalah memberi penerangan kepada asnaf mengenai strategi pemasaran, pemilihan jenama dan pelan perniagaan dropship.

“Diharapkan program ini dapat membantu asnaf  menjana pendapatan sampingan bagi meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.