Inisiatif

Peristiwa
11/5/22
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Team Selangor laksana program tanam pokok bermula Jun

SHAH ALAM, 10 MEI: Team Selangor bakal memulakan program menanam pokok mulai Jun ini di beberapa daerah sebagai usaha memelihara ekosistem alam sekitar.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata untuk tujuan itu pihaknya jalin kerjasama dengan beberapa pihak antaranya jabatan perhutan serta pihak berkuasa tempatan.

“Kita sudah kenal pasti beberapa daerah. Untuk pokok hutan kita akan tanam di Hulu Selangor dan Gombak manakala pokok bakau sekitar Kuala Selangor dan Sepang.

“Inisiatif ini merupakan tanda sokongan kepada langkah Kerajaan Negeri yang menyasarkan sejuta pokok dapat ditanam dalam tempoh lima tahun bermula 2021,” katanya kepada SelangorKini.

Syahaizel berkata aktiviti penanaman turut melibatkan pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi.

“Team Selangor memang jalin kerjasama dengan pihak universiti namun disebabkan perintah kawalan pergerakan kita terpaksa hadkan penglibatan mereka,” katanya.

Tahun lalu Team Selangor mengadakan program gotong-royong kutipan sampah di beberapa kawasan tumpuan ramai bagi menyedarkan masyarakat berhubung kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.