Suara

Peristiwa
26/3/24
Selangor
KDNK

Selangor Kini: SIBS dianjur dua kali, sasar RM7 bilion transaksi pelaburan - MB

SHAH ALAM, 25 MAC: Sidang Kemuncak Niaga Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini dianjur dua kali dengan sasaran transaksi pelaburan berjumlah RM7 bilion.

Dato’ Menteri Besar berkata penganjuran pada Julai dan Oktober bertujuan mengoptimum potensi pelaburan selepas mendapat permintaan tinggi dari pempamer.

“Penganjuran ini juga untuk membina persekitaran perniagaan dan menyegarkan landskap ekonomi negeri.

“Sidang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menyediakan 1,200 reruai pelbagai produk dan sektor serta menyasar 60,000 pengunjung pelbagai latar belakang,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

SIBS yang diperkenal pada 2016 menarik penglibatan banyak pihak agensi kerajaan serta negara luar antaranya China, Indonesia, Japan, Uganda, Vietnam, Kazakhstan, Korea, Turki, Kenya dan Australia.

Sidang menampilkan enam acara utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan).

Turut dianjur Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

Tahun lalu, sidang bertaraf antarabangsa merekodkan nilai transaksi pelaburan RM6.12 bilion, meningkat empat kali ganda berbanding sasaran RM1.5 bilion.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.