Media

Peristiwa
22/3/24
Isu
Selangor

Selangor Kini: Sedia khidmat kutipan sampah pukal sempena raya, tempah melalui i-Clean

SHAH ALAM, 21 MAC: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) menawarkan khidmat kutipan sampah pukal sempena Hari Raya Aidilfitri, yang boleh ditempah menerusi aplikasi i-Clean.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata orang ramai yang memerlukan perkhidmatan itu perlu mendaftar segera berikutan permintaan tinggi yang diterima setiap tahun.

“Tahun lepas di Subang Jaya sahaja kita terima lebih 1,000 permintaan dan tahun ini kita akan buat perkara sama tetapi saya nasihatkan jangan daftar pada saat akhir,” katanya.

Ditemui pada program Bubur Lambuk Cinta Ramadan di sini hari ini, Ramli turut menyeru orang ramai mendidik diri supaya berdisiplin mengasingkan sampah untuk memudahkan semua pihak.

“Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak membazir dan mengurangkan penjanaan sampah pada bulan mulia ini kerana kebanyakan kutipan di bazar Ramadan merupakan makanan yang tidak habis,” katanya.

I-Clean Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store memudahkan orang ramai melaporkan aduan kutipan sisa pepejal selain memohon khidmat pembuangan sampah pukal.

Tahun lalu, aplikasi tersebut memenangi anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.