Inisiatif

Peristiwa
23/2/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Saringan kesihatan percuma di Gombak, Kuala Selangor hujung minggu ini

SHAH ALAM, 22 FEB: Orang ramai dijemput ke program pemeriksaan kesihatan percuma Selangor Saring di Gombak dan Kuala Selangor pada Sabtu dan Ahad ini.

EXCO kesihatan awam berkata program bermula 9 pagi hingga 4 petang itu menawarkan empat kategori saringan iaitu penyakit tidak berjangkit, barah, mata dan saringan tambahan seperti gigi, telinga, dan fisioterapi.

“Di Gombak, ia akan diadakan di tapak bazar Ramadan, Taman Melawati manakala Kuala Selangor di Dataran Esplanade, Ecoworld.

“Hujung minggu ni, jom ramai-ramai turun padang ke program Selangor Saring. Pemeriksaan kesihatan bersubsidi menanti anda,” kata Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook hari ini.

Kerajaan Selangor meneruskan pelaksanaan program Selangor Saring pada tahun ini sempena penganjuran program Jelajah Selangor Penyayang (JSP).

Sebanyak RM2.6 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program itu dengan sasaran 31,000 penerima manfaat di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada tahun lalu, Selangor Saring menerima lebih 20,000 pendaftaran dan berjaya mengenal pasti 49 peratus kes yang memerlukan tindakan susulan, konsultasi dan rawatan lanjut.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.