Media

Peristiwa
20/6/24
Bantuan

Selangor Kini: Ringan tanggungan asuh anak istimewa, lebih 2,600 mohon bantuan khas

SHAH ALAM, 19 JUN: Inisiatif Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) menerima lebih 2,600 permohonan selepas tarikh tutup permohonan pada 31 Mei lepas.

Penolong pengurus komunikasi korporat Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berkata pihaknya sedang menilai kelayakan dan keutamaan kepada keluarga kurang berkemampuan sekali gus meringankan tanggungan menjaga anak istimewa.

“Secara keseluruhan kita terima 2,655 permohonan secara dalam talian. Jumlah permohonan yang banyak membuktikan ramai ibu bapa mulai tahu mengenai bantuan disalurkan negeri.

“Kita hanya proses borang yang lengkap diisi. Kerajaan Negeri menyediakan 1,000 kuota kepada ibu bapa yang layak pada tahun ini berbanding hanya 500 penerima tahun lalu,” kata Sharizan Mohd Shariff kepada Selangorkini.

Bantuan ANIS diberikan secara sekali bayar dengan had maksimum sehingga RM5,000 bagi satu keluarga dan terbuka kepada anak istimewa berumur 18 tahun ke bawah.

Objektif utama bantuan untuk meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak istimewa yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Semakan status permohonan boleh dibuat menerusi www.anisselangor.com/bantuananis bermula minggu pertama bulan hadapan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.