Suara

Peristiwa
17/4/24
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Program jualan murah manfaat lebih dua juta penduduk Selangor - MB

HULU SELANGOR, 15 APRIL: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) memberi manfaat kepada lebih dua juta rakyat Selangor sejak diperkenal dua tahun lalu, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dalam tempoh tersebut program jualan membawa keperluan asas pada harga murah yang melibatkan seluruh Selangor itu membantu lebih 700,000 keluarga.

“Kita dalam proses memulihkan ekonomi negara secara perlahan. Alhamdulillah secara realitinya kerajaan membantu dalam memastikan barangan keperluan seperti ayam termasuk harganya terkawal khususnya menjelang perayaan.

“Mungkin ada sedikit laporan (kenaikan harga) tetapi kerajaan dapat memastikan bekalan minyak, ayam, telur dan lain-lain tidak terputus sebagaimana yang berlaku ketika pandemik Covid-19.

“Ini dilakukan dengan penuh teliti oleh kerajaan seperti Selangor adakan Jualan Ehsan Rakyat dua tahun lalu dan kini diikuti seluruh negara dengan nama Jualan Ehsan Rahmah. Kerajaan tidak sempurna tetapi setidaknya dapat utamakan mana yang penting,” katanya pada jamuan Aidilfitri di Balai Raya Taman Seri Batang Kali semalam.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program dikenali sebagai Jualan Prihatin Rakyat pada 28 Februari 2022 dan pelaksanaannya dilanjutkan sehingga Julai 2022. Pada 30 Ogos 2022, ia diumumkan pula sebagai Jualan Ehsan Rakyat.

Ia kemudian ditukar kepada Jualan Ehsan Rahmah selepas Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.