Media

Peristiwa
29/7/24
Selangor

Selangor Kini: PPAS, PBT kerjasama bawa BA.CA Basikal Buku ke program hari tanpa kenderaan

SHAH ALAM, 27 JULAI: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membawa perkhidmatan perpustakaan bergerak, BA.CA Basikal Buku ke program hari tanpa kenderaan.

Ketua Bahagian Unit Korporatnya Zafrullah Aris berkata kerjasama itu sejajar dengan objektif program berkenaan yang ingin memberi akses bahan bacaan lebih mudah kepada rakyat.

“Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa PBT untuk membawa perkhidmatan ini ke program hari tanpa kenderaan berikutan mereka sentiasa konsisten menganjurkannya

“Setakat ini, kita mempunyai tiga basikal dan sedia digerakkan ke lokasi yang sedang dikenal pasti. Sekiranya mendapat sambutan kita pertimbang untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ini.” katanya. katanya.

Ditemui di Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor di Kompleks PKNS hari ini, beliau memaklumkan bahan bacaan mesra keluarga dan buku kanak-kanak antara yang akan dibawa menggunakan perkhidmatan tersebut.

Kelmarin, EXCO Belia Najwan Halimi diiringi Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad melancarkan BA.CA Basikal Buku sempena majlis perasmian Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor.

Dijadual beroperasi Ogos ini, perkhidmatan membawa buku dengan basikal itu akan memasuki kawasan sukar diakses kenderaan seperti taman rekreasi dan kediaman projek perumahan rakyat.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.