Media

Peristiwa
6/11/23
Selangor
Negara

Selangor Kini: PM terima kunjungan Fumio Kishida, bincang kukuh hubungan Malaysia-Jepun

PUTRAJAYA, 5 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala.

Kishida tiba di Seri Perdana pada 10 pagi dengan disambut Anwar dan kemudiannya diperkenalkan dengan barisan menteri Kabinet yang hadir iaitu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sejurus itu, kedua-dua pemimpin negara memulakan pertemuan untuk menilai kemajuan hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, alam sekitar dan keselamatan tenaga serta informasi dan komunikasi.

Anwar dan Kishida juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk konflik Palestin-Israel.

– BERNAMA

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.