Inisiatif

Peristiwa
24/3/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: PKNS-Samsung kerjasama tawar kediaman lengkap perkakas berteknologi tinggi

SHAH ALAM, 23 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bekerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics menawarkan rumah lengkap dengan perkakas berteknologi tinggi.

Ketua pegawai eksekutif PKNS berkata melalui kerjasama itu, pembeli rumah bawah projek perbadanan terbabit berpeluang mendapatkan produk Samsung pada harga diskaun.

“Bukan sahaja rumah selesa dan moden, tetapi kita tawar pembelian barangan rumah dengan pakej lengkap. Ini membolehkan pembeli menikmati kehidupan lebih mudah serta menyenangkan.

“Ia juga akan memberi manfaat bagi pembeli yang ingin rumah baharu mereka dilengkapi keperluan moden dan boleh dipercayai,” kata Dato’ Mahmud Abbas di Dewan Aster, ibu pejabat PKNS di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pihak PKNS manakala Samsung diwakili Presidennya Denny Kim.

Pada masa sama, Mahmud Abbas yakin usahasama tersebut menjadikan PKNS berbeza dengan pesaing industri dalam pasaran.

“Ia mencatatkan satu lagi peristiwa penting kepada kedua-dua pihak dan menjadi landasan kepada jalinan kerjasama serta inovasi pada masa depan.

“Kita percaya PKNS dan Samsung Malaysia dapat memanfaatkan produk masing-masing untuk kebaikan pelanggan serta pihak berkepentingan,” katanya.

Sementara itu, Denny berkata kerjasama tersebut memberi peluang kepada kedua-dua pihak menganjurkan pelbagai program bersama meliputi aktiviti pemasaran produk hartanah dan Samsung.

“Kerjasama ini mendorong Samsung bergerak lebih jauh dan mengamanahkan rakan kongsi kami iaitu PKNS untuk meningkatkan nilai pelanggan selain menyediakan perumahan pintar,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.