Inisiatif

Peristiwa
9/5/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: PKNS kekalkan harga jualan rumah meski kos binaan meningkat



RAWANG, 8 MEI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak berhasrat menaikkan harga jualan rumah meskipun keuntungan diraih berkurang berikutan kenaikan harga bahan binaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Hartanah) Ir Md Kamarzan Md Raiz berkata keputusan itu juga bagi memastikan rakyat masih mampu membeli rumah dibina perbadanan tersebut.

“Memang ada kesan daripada segi keuntungan (akibat kenaikan harga bahan binaan) tetapi kita cuba untuk kawal kenaikan harga dengan membeli barangan daripada anak syarikat secara pukal.


“Kita juga minta anak syarikat kita Selangor Industrial Corporation (SIC) menjadi ‘trading house’ (rumah dagangan) untuk PKNS,” katanya selepas melawat rumah contoh Puteri Ariana di sini semalam.

Jabatan Perangkaan Malaysia sebelum ini mendedahkan indeks harga seunit bagi bahan binaan seperti simen, besi dan kayu dikesan meningkat di seluruh negara bermula Februari lalu.

Menurut laporan tersebut, indeks harga seunit besi meningkat 1.5 peratus berbanding Januari 2023, seiring peningkatan harga bijih besi dan besi utama di peringkat global.

Indeks harga seunit simen pula naik 1.9 peratus, sementara indeks kos binaan (semua bar keluli) meningkat antara 0.3 dan 4.1 peratus. Peningkatan indeks tertinggi adalah cerucuk kayu.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.