Media

Peristiwa
9/7/24
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Negeri anjur saringan kesihatan percuma 14, 20 Julai, daftar di aplikasi SELangkah

SHAH ALAM, 8 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri pada 14 dan 20 Julai, bermula 9 pagi hingga 3 petang.

Program Selangor Saring diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai (DUN Sungai Tua) pada 14 Julai manakala 20 Julai di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan (DUN Batu Tiga).

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif itu menyediakan saringan kesihatan seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser, mata, telinga dan gigi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program Selangor Saring. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma. Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya Facebook.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring menerusi empat langkah berikut:

  1. Memuat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)
  2. Tekan butang Selangor Saring
  3. Isi borang soal selidik
  4. Pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Awal bulan ini, saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di DUN Paya Jaras dan Dengkil.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.