Inisiatif

Peristiwa
2/10/23
Selangor
Banjir
Bantuan

Selangor Kini: MBSJ adakan simulasi bencana, siap siaga depani musim bah

SUBANG JAYA, 1 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengadakan program simulasi bencana sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh pada hujung tahun ini.

Timbalan Datuk Bandarnya Mohd Zulkurnain Che Ali berkata latihan bukan sahaja melibatkan persediaan menyelamat ketika banjir tetapi juga melibatkan kes seperti tanah runtuh dan ribut.

“Jawatankuasa bencana peringkat MBSJ dan daerah bersiap siaga dengan keanggotaan, aset dan logistik untuk mendepani sebarang kemungkinan pada musim tengkujuh.

“Kita sudah bersedia bersama polis, bomba selain aset pelbagai agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk berdepan kemungkinan bencana,” katanya ditemui pemberita selepas majlis pelepasan peserta Selangor Criterium Series X Subang Jaya 2023 di sini, hari ini.

Sebelum ini Datuk Bandar MBSJ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata MBSJ menyediakan peruntukan kecemasan untuk menangani kemungkinan bencana pada masa akan datang.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan negara berada dalam fasa peralihan monsun yang bermula pada 19 September dan dijangka berterusan sehingga November depan.

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir dan menyebabkan hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.