Media

Peristiwa
23/8/22
Selangor
Negara
Bantuan

Selangor Kini: MBI tawar ganti bendera lusuh, ceriakan sambutan bulan kemerdekaan

SHAH ALAM, 22 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sedia mengantikan Jalur Gemilang yang lusuh kepada yang baru bagi menceriakan sambutan bulan kemerdekaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norita Mohd Sidek berkata setakat ini sebanyak 20 bendera sekitar Bangunan Darul Ehsan di sini telah diganti dengan bendera baru.

“Sudah tentu kalau kami tukar kalau nampak bendera yang uzur, lusuh di mana-mana tempat kami akan ganti dengan yang baru.

“Kalau kita nampak di sekitar Shah Alam kita akan tukar, macam di bangunan ini juga kami meriahkan dengan 20 bendera baru,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demkian selepas Majlis Sambutan Kemerdekaan MBI bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Selangor di Bangunan Darul Ehsan di sini.

Pada majlis itu MBI menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada persatuan berkenaan dan sumbangan RM500 kepada 10 veteran yang hadir.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.