Inisiatif

Peristiwa
23/12/22
Isu
Bantuan
Banjir

Selangor Kini: MBI sumbang kit kebersihan, makanan kepada mangsa banjir Pantai Timur

KLANG, 22 DIS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang kit kebersihan dan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI berkata setakat ini sebanyak 500 kit kebersihan dan 500 pek makanan ‘retort’ akan dihantar ke Terengganu esok.

“Untuk bantuan banjir di Pantai Timur setakat ini kita tidak terlibat secara langsung tetapi ada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang datang kepada kami dan memohon bantuan.

“Kita ada kit kebersihan dan makanan ‘retort’ yang sebahagiannya sudah mula disalurkan kepada NGO untuk dihantar ke Kelantan dan Terengganu.

“Di Pahang pula untuk kawasan yang sudah reda banjir kita cuba bantu dalam bentuk bakul makanan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Bercakap selepas menyerahkan komputer riba kepada 16 pelajar hari ini, beliau berkata MBI sudah menyalurkan dana RM70,000 minggu lalu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor untuk bantuan bencana banjir.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.