Media

Peristiwa
18/4/24
Isu
Selangor

Selangor Kini: MBI peruntuk RM10,000 agih bantuan awal banjir ke dua PPS

SHAH ALAM, 17 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menghantar sumbangan awal kepada mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dekat sini.

Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporatnya berkata RM10,000 diperuntuk bagi bantuan keperluan asas di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak dan Dewan MPKS Desa Coalfields, Sungai Buloh.

“Bagi SK Merbau Sempak bantuan awal telah digerakkan semalam manakala di Dewan MPKS Desa Coalfields awal pagi tadi.

“Antara bantuan diserahkan seperti air mineral, makanan kering, makanan guna teknologi retort, toto, selimut, tuala wanita dan lampin pakai buang,” kata Ahmad Azri Zainal Nor dihubungi Selangorkini.

Terdahulu, seramai 403 mangsa melibatkan 88 keluarga sekitar Taman Saujana Aman, Kuala Selangor dan Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh terjejas banjir susulan hujan lebat petang semalam.

Berikutan itu, dua PPS dibuka iaitu di SK Merbau Sempak menempatkan 364 mangsa termasuk 27 warga emas, 11 bayi dan tiga orang kelainan upaya (OKU) manakala di Dewan MPKS Desa Coalfields pula 38 mangsa.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.