Media

Peristiwa
19/10/23
Isu
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: MBI belanja besar laksana tuisyen percuma, bantuan sekolah

GOMBAK, 18 OKT: Sebahagian besar peruntukan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) digunakan untuk pendidikan.

Ketua CSR Ahmad Azri Zainal Nor berkata sebanyak RM10 juta diagihkan untuk Program Tuisyen Rakyat (PTRS), bantuan infrastruktur sekolah dan pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Beliau menjelaskan dana keseluruhan berjumlah RM30 juta juga banyak digunakan untuk program komuniti, masjid, surau dan sumbangan bakul makanan kepada golongan memerlukan.

“Bidang pendidikan merupakan dana terbesar seperti program tuisyen rakyat melibatkan peruntukan RM7 juta untuk kelas pengajian, elaun guru dan makanan buat pelajar,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Projek Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar Selangor (Mekar) 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Azri berkata MBI menyasar untuk meluaskan pemberian perlindungan Insurans Am Selangor (INSAN) kepada pelajar sekolah jika berlaku kemalangan atau kematian.

“Minggu lalu, seorang pelajar sekolah menengah di Ampang maut ditimpa kemalangan dan pihak kami telah menghubungi waris untuk laksana proses tuntutan,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.