Inisiatif

Peristiwa
7/4/22
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Lebih 700 individu dapat kerja menerusi Jelajah Selangor Bekerja

SHAH ALAM, 6 APRIL: Seramai 715 individu berjaya mendapat kerja selepas menjalani sesi temu duga menerusi Program Jelajah Selangor Bekerja tahun lalu.

EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata program yang berlangsung pada 23 Oktober hingga 27 November itu melibatkan enam kawasan.

“Daripada jelajah yang dianjurkan ini juga seramai 1,178 orang yang hadir pada hari tersebut turut layak ke sesi temu duga kedua dan berpeluang mendapat pekerjaan.

“Justeru, kita bercadang akan anjurkan lagi program ini pada Jun nanti dengan harapan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar pengangguran di Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Tahun lalu, Program Jelajah Selangor Bekerja menjelajah beberapa lokasi antaranya di Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Petaling.

Lebih 25,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi jelajah tersebut meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan, elektronik, pengurusan dan aeroangkasa.

Manakala, tahun ini lebih 30,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya Mega Selangor yang diadakan selama dua hari mulai 11 Jun ini di Pusat Konvensyen MBSA.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.